Day 1 Part 2
Tu anak dara yang pantang nampak camera, bior je lah. Belakang tu akak saya, agak kurang camera friendly sikit
Jeng2...kami dah selamat landing kat Haneda!
Setelah 8jam terbang kat atas akhirnya kami berpijak di bumi nyata. Immigration pon ok je takda tanya lebih-lebih, cop passport terus arigato! Yesss satu permulaan yang baik untuk pengembaraan ini. Setel cop2 bagai, kami pergi ambik luggage pulak. Tengah dok menunggu carousel tu berpusing mencari bag, tapi sedih sangat hokay! Dapat bag je tapi roda dah pecah! Uwaaaaa padahal dah wrapped baikkk punya masa kat KLIA tadi tapi still malang. Bag yang paling besor pulak tu yang rosak, ehh barang2 banyak dalam tu mana aku nak letak oi? adushhhh masalah betul ni, tadi eksen sangat masa cop passpot cissss

Dengan berat hati ku tarik la jugak bag tu berbekalkan 3 roda yang masih ada. Time ni la baru rasa sangat berguna travel insurans yang kitaorang beli haritu. Kene bukak balik policy dia, entah ada cover ke tak
Usah kata jahanam, roda tu terus lenyap dari pandangan. Hanya meninggalkan lubang je
Kami stay kat hotel Toyoko Inn Haneda no 2 (www.toyoko-inn.com). Ada 2 hotel toyoko ni, tapi just beside one another. Ada free shuttle bus dari airport, ni hotel yang paling dekat dengan airport sebab mengambil kira kami sampai pon dah malam takot tak sempat kejar train, taknak den tido kat airport.
So kami turun ke ground floor, cari tempat free shuttle bus ni. Mengikut pembacaan dari blog-blog lain dan website hotel sendiri macam senang je cari. Ye berjaya jumpa bus stop tu, tapi takde sebiji pon bus yang bertulis Toyoko Inn selepas 5 minit menunggu, 10 minit menunggu. Sudah! Dengan gigihnya saya pergi dekat officer yang jaga bus stop, tanya kat mana nak ambik bus ke hotel. Jangan pulak tanya macam Sudin 'oi oi ini tempat sunting ka?' eh kang kene penyepak jepun baru tau. Dia explain katanya kene pergi ke International Terminal, lah habis tu sekarang ni bukan international terminal ke? Rupanya Haneda je ada 3 terminal, International/Terminal 1 / Terminal 2. Aku sendiri pon tak tau aku sedang berpijak di terminal mana satu ni. Tak puas hati punya pasal, my brother in law pergi lintas seberang bus stop tu kot2 bus kitorang ada tunggu kat sana. Ye memang betul ade bus Toyoko Inn tengah tunggu orang masuk. Ciss tak pakai punya officer info tak tepat. Maka melintas la kami beramai2 ke seberang macam anak itik balik petang

Dengan jumpanya bus direct ke hotel ni maka plan A kami telah berjaya. Dan alhamdulillah telah selamat untuk malam ni
Plan A - naik bus direct ke hotel Toyoko Inn
Plan B - let say tak jumpa bus, kami kene naik train ke hotel (Keikyu Line or Monorail) which is lagi complicated takot tak sempat kejar train sampai pukul 12
Ini adalah risiko kalau landing waktu malam. Kene ada plan A dan B
Ni map cara-cara mencari bus kat airport Haneda
Kat luar airport sementara tengah pikir nak cari bus
Dah selamat masuk dalam bus. Legaaaa
Driver bus beriya angkat bag satu2 sebab dia nak susun cantik2 kot, kita tolong dia tak bagi. Taknak bagi sudah, lagi la kitorang suka haha. Nampak tu siap berikat bag tu, elok la diaorg buat macam ni so bag tu tak gerak.
Dalam 15 minit jugak dalam bus, rasanya dia pusing2 area tu je. Makna nya hotel kami ni memang dekat sangat la dengan airport. Cek in cepat je, even ada la guest lain yang baru sampai saing2 kami.
Minus point, bilik die punya la sempit. Masa book mintak 2 single bed, sekali cek in die bagi satu double bed size queen tau. Pergi ke reception balik mintak tukar, dia kata dah full house. Huh memang hangin jugak la sbb nak tido 2 dewasa 2 kids. Ko rase muat? Grrrrrr
Nak solat pon kene ambik turn, sorang solat yang lain kene duduk diam2 sebab time rukuk takot terlanggar orang yang lalu belakang mau melekat ke dinding kang
Curi gambo ni dari internet
Malam tu kami makan maggi cup je dengan roti cicah milo. Lepas setel dah rilek2 sekejap, kami saja la turun bawah jalan2 pergi 7eleven opposite hotel tu. 7E pertama yang kitorang pergi kat Jepun ni hihi beli roti, susu, buah2 sikit. Elehh jakon nak rasa angin sejuk waktu malam kat sini kann, kabor je ler yang benor
Susu brand Meiji. Sedap rasa dia lemak2 sikit
Boleh tahan sejuk 10'c kot
So berakhirlah hari pertama kami di Jepun. Jom balik bilik tido, esok mungkin lagi penat sebab nak kene cek out dan pergi ke Kasai
Bersambung hari ke2
No comments:
Post a Comment