Tuesday, 12 December 2017

Japan Trip Day 4 - Tokyo to Lake Kawaguchiko

Friday 

1 Dec 2017

Hello....hari ni dah hari ke-4 kami berkelana di bumi Jepun.  Kami dah boleh adapt sikit cara hidup dia orang yang sangat disiplin dan bersih ni. Ni antara yang nampak di mata saya sendiri even selama ni kita just baca dan imagine je kan;

- Orang Jepun ni sangat senyap. Mereka tak suka kecoh2, cakap kuat2.  Dalam train pon jarang la jumpa ada yang berbual.  Samada tidur or diri tegak macam zombie

- Jarang jumpa tong sampah. Tapi Jepun ni sangat bersih.  Makanya kalau korang ada sampah kat tangan sila lah simpan dulu dalam kocek sehingga jumpa tong sampah. Ingat tu jangan suka suka campak tepi jalan

- Lintas tanpa ragu2 kalau memang dah hijau. Mereka mengutamakan pejalan kaki, sebatu lagi dah berhenti. Di Malaysia sila jangan buat macam ni kalau taknak nyawa melayang selepas 3 saat melintas, at least tengok sekali lalu dulu baru kompiden selamat

- Sentiasa menyebut arigato gozaimasdak even kita tak beli apa apa pon dalam kedai dia

- Tak sekali pon jumpa orang jepun yang pakai selipor jepun.  Semua pakai kasut or boot

- Wanita Jepun sentiasa menjaga appearance, make up sesedap mata memandang even dah level acik-acik pon


OK ni rumusan setakat 4 hari ni je, nanti lepas cukup seminggu kita kumpulkan fakta-fakta baru ya. Boring tak baca? Tak kot ek

Back to tajuk di atas.  Hari ni kami akan pergi jalan jauh sikit, keluar dari Tokyo City. Kita ke Lake Kawaguchiko iaitu kaki gunung Fuji. Hebat bukan? So cek out hotel Lumiere (goodbye lumiere, i'll see u again)

Korang boleh google kalau nak tau lebih lanjut pasal lake ni. Semestinya tempat ni lebihhh sejuk dari Tokyo ok. Bertabah je la menempuh ni kang. Eh hari ni Maulidur Rasul la...selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Muka penat turun naik train. Sorang je nampaknya masih ceria


Shinjuku Expressway Bus Terminal


Perjalanan hari ni penat sikit. Naik train dari Kasai St - Sengakuji - Shinjuku
Dengan membawa luggage banyak, fyi luggage hijau yang besar tu selamat dikebumikan kat hotel Lumiere.. uwaaaaaa.  Sebab tak tau nak buang kat mana, saya tanya la cleaner bilik sebelah tu 'where can i throw away this bag?'...sekali mokcik tu muka terpinga2 daaa langsung tak boleh cakap omputeh.  Aku siap buat gaya cara2 membuang sampah, tapi tetap dia tak paham.  Sudahnya dia pon give up agaknya, dia suruh tinggal je kat dalam bilik (gaya tangan dia tu boleh paham dia nak cakap apa) jangan letak barang2 nak buang kat luar bilik tu bukan budaya diaorg. Barang2 semua tu transfer sorang sikit tumpang bag peserta lain. Lantak korang la, berat sama dipikul kan hahha padan muka

Sampai Shinjuku station, jalan kaki ke belakang sikit cari bus station untuk naik express bus ke Kawaguchiko.  Cek details kat sini  https://highway-buses.jp

Actually dekat je dari turun train pergi ke stesen bus, sesat punya pasal dah jadik satu pusingan. Ciss penat gile oi, memang kaki je yang kurus ni kang. Berjaya dapat bus yang akan bergerak pukul 12.30 macam tu, tiket dewasa kalau tak silap 1600yen (cer cek kat website tu lupa ler). Perjalanan dekat 2jam jugak. Ramai yang tido dalam bus tu tapi saya taknak tido nanti rugi tak dapat tengok keindahan journey gitu....cewahh

Tak ambik gambar dalam bus sebab dah penat sangat. Dup dap dup dap maka sampai lah kami di Kawaguchiko station! cant wait to explore

Turun bus je fuhhh mulut berasap, memang sejuk betul ni.  Stesen bus dia pon aman2 je tak ramai sangat orang. Best!





Masing2 berebut nak gambo bawah tiang tu kan 

Memang sejuk seh! Meremang bulu roma bila angin bertiup. Yang kunun2 kalis sejuk masa kat Tokyo tadi menggelupor cari glove. Masa ni 1'celcius sebab ada jam besar kat tepi jalan tu dengan suhu sekali.  Misi seterusnya ialah mencari guesthouse yang kami book thru agoda iaitu Koe House.  Katanya depan station je, kalau jerit boleh dengar.  Tapi takda nampak pon bangunan color oren, isk kene explorace lagi la nampaknya ni.  Kami jalan terus menuju ke Kawaguchi Station Inn hotel, baru la nampak Koe House ni.  Dah terlajak jauh  rupanya, sebab dia terlindung sikit bangunan depan. 

Koe House yang dicari

Hanya tilam dan dinding. No tv




Selamat cek in kat Koe House, budak muda yang jaga front desk.  Boleh berbahasa English dengan elok, ada accent US sikit.  Very old building, memang standard bilik Jepun empat segi tepat ada futon (sejenis tilam macam toto) je untuk tido. Kene naik ke first floor, sebab bahagian bawah disediakan kerusi meja untuk makan dan lepak2 kot.  Kene naik tangga kayu yang sangat narrow,  sambil heret bag.  Bila kita pijak tangga tu jelas bunyi tapak kaki ala2 citer seram hollywood time pembunuh bersiri nak naik ke bilik haha.  Bilik my sis sebelah kitorang je, ketuk dinding jelas dengar.  First impression je macam tak best je tempat ni, dan lagi menambah tak best ialah tak disediakan towel! Walaupon sejuk takkan la semua nak jadik kambing tak mandi, tak boleh tak boleh.  Sudahnya my sis beli towel kecik kat 7e kat belakang sikit dari bangunan tu, nasib baik ada kedai.

Bilik air pon share dengan guest lain, scary sikit jalan nak pergi bilik air tu.  Jalan sampai bilik hujung sekali lepas tu ade tangga sila turun bawah. Memang terbayang2 Juon je. Akibat kesejukan yang melampau maka nya sehari mandi sekali je kah kah 

Masa saya baca kat internet, diaorg kata ada shared kitchen guest house ni.  So ok la boleh masak yang simple2.  Saya and my sis bawak sardin turun ke floor bawah cari dapor, baru terpinga2 nak masuk alih2 ade sorang aunty ni keluar dari dapor marah kitorang bahasa Jepun sambil buat tangan 'no entry'.  Eh apesal pulak? dah kata kitchen ni boleh guna.  Tak puas hati lak kene marah macam tu je, saya jawab la balik kata boleh guna ramai2? Dia tetap cakap no entry! Ahh pegi lantak la kau makcik, malas aku nak gadoh pasal dapor pon.  Dengan rasa hangin kami naik balik ke atas dan cari air panas rendam maggie. Nasib baik sempat masak nasi sebelum cek out Lumiere tadi. So makan nasi lauk maggie dan juga sambal ikan bilis, makanan standard untuk traveller yang takde dapor. Kuasa nak pelawa mokcik tu makan

Lepas makan solat bagai, diaorg nak try jalan area dekat2 je kot2 terjumpa kedai halal.  I tak ikut, rather dok bilik dengan kids dari merempuh kesejukan malam hari mencari kedai huhu. Pemalas kan?  Lama gak la satu jam tak balik2, pocket wifi ada kat dalam bilik so tak dapat contact.  Rupanya diaorg jalan jauh dah sampai Lake Kawaguchi, hampir 2km jugak la jalan ada kedai nasi beriani kat situ.  Balik tu tokeh kedai pak arab hantar diaorg naik kereta sebab kesian meredah kesejukan malam katanya hahaha

Jalan kaki sikit pergi 7E lepak2 minum kopi


Maka second round kami makan malam tu, nasi beriani pulak. Sedap. Siap makan sila tido sebab esok nak pergi main salji. Hooreyyyy







No comments:

Post a Comment