Thursday
TOKYO DISNEYLAND
Yahuuuu hari yang paling ditunggu oleh budak2 ni...iaitu kita ke Disneyland! Actually i pon excited jugak nak tau ke-best-an Disneyland yang terbesar di dunia ni
Gerak dari hotel dalam pukul 9am, sebab Disneyland bukak pukul 10. Dari sini ke Disney naik bus je, senang sangat takyah naik train. Bus stesen jalan 5min je, area market yang kitorang pergi semalam. Kecik je tempatnya dan bus pon tak banyak sangat. Dekat bus tu ada tulis Disneyland kene tengok betul2 jangan sampai salah naik bus pulak. Kalau tak yakin boleh tanya driver bus, dengan besar hati dia bantu
Entry ni akan ada banyak gambar2, ni pon dah pilih kalau ikut hati mau ade seribu gambo pasal Disneyland je haha
Ni kat bus stesen tengah boring tunggu bus, so apa lg jangan membazir masa moh kita posing
Muka2 ceria tak sabar nak main
Afif si budak gadget. Susah nak suruh die gambo
Pose poyo adalah wajib sebelum memulakan acara
Tak expect hari ni mendung, so mmg sejuk kaw2 punya la. Kunun budak2 tu pakai jaket biasa je, sbb nak pergi bermain mesti la peluh kan. Semakin tengah hari makin sejuk, 9'celcius
Bus color pink direct ke Disneyland
Dalam bus
Dok dalam bus dalam 20 minit macam tu. Ramai local jugak naik bus, awek2 cun Jepun memang jenis make up tau. Dalam bus pon sempat diaorg make up, saya tak ambik gambar takot dapat pelempang jepun pulak kang
Bus berhenti dengan jayanya kat pintu masuk Disneyland. Dari luar pon dah nampak meriah bangunan cantik2, taman cantik2. Tak sabor nak masuk ni. Saya ada baca banyak blog katanya tak boleh seludup food langsung, tapi saya redah je bawak sandwich tuna. Redho je la kalau kene buang pon, tapi kalau selamat adalah satu kejayaan besar haha
Actually masa nak masuk tu memang pekerja akan mintak letak bag and tunjuk, memang debar gak la time tu. Tapi rasanya just for formality je kot, sebab memang terang2 nampak plastik roti dalam bag tu, tak sempat lagi guna ilmu halimunan. Staff tu just tengok gitu je sambil lalu pastu arigatoooo dengan muka manis tu. Fuhhh selamat
Manis kan muka staff dia?
Locker ni kat pintu masuk, tapi kami tak bawak luggage so tak perlu la. Ambik gambo je sebab tempat locker pon bersih dan cantik.
Family my sis
Family saya
Sampai2 je terus kene pau, bukan murah barang2 dia hokay! semua harga melampau
Kene pau beli glove mickey mouse sebab sejuk. Kalau tak silap 1500yen
Hi5! Yang jaga entrance ni pon sangat ceria, mmg rase dihargai sangat la. Kami beli ticket online, print siap2 dari Malaysia. So senang la takyah beratur lagi terus je masuk. Jangan sampai tetinggal pulak ek, masuk bag siap2 gerenti tak lupa.
Kebetulan sampai tu memang tengah ada parade, try la masuk celah2 orang tu nak dapat port yang best. Parade watak animasi kartun2 princess semua tu
Budak ni adalah pengunjung, sporting sgt mak die pakaikan anak costume mcm princess. Comel
Terpaksa tenggek macam ni kalau tak memang tak nampak langsung
Baru tau, nak tengok parade kene buat 3 line je maximum, tak boleh sukati nak duduk mane2 eh. Nampak tu crew dah datang, jangan buat perangai Malaysia katanya
Video yang sempat dirakam. Beriya anak dara kat bawah tu keluorkan handphone dia nak rakam
Nak jugak berbackground
bunga2 cinta. Kisah?
Lepas penat berdiri tengok parade tu, kitorang beratur untuk masuk dalam castle yang cantik tu pulak. Rasa macam dalam cerita Sofia the first pulak, terus2 je in character haha
Takda apa sangat pon dalam castle tu, deco dalam dia cantik la tapi. Cuma korang dilarang sentuh apa2, hatta sentuh langsir pon jangan. Nanti kene tegur
Kawaiiiii
Ni dia tunjuk cara2 buat kaca. Still dalam castle lagi
Macam2 lagi gambar yang boleh menjeleskan korang. Kita buat 2 bahagian eh, esok saya sambung lagi
Bersambung kat Day 3 bahagian 2 ek...
No comments:
Post a Comment