Sunday, 10 December 2017

Japan Trip Day 2 - Kasai

29 November 2017

TOKYO - KASAI

Bangun takda la awal sangat, sebab takda nak kejar ape hari ni.  Memang itinerary kitorang santai-santai je, kalau pack nanti stress dan badan penat.  Dah la malam tadi tido dalam kesempitan katil kecik, lepas tu selimut pulak harus la yang tido tengah je untung.  Gigih bangun tengah malam ambik kain telekung buat selimut sebab sejuk gile gile sampai pening kepala haha

Before cek out, try turun ke bawah tengok breakfast apa yang ada.  Ok jugak variety food dia tapinya macam biasa la, tak sure kehalalan makanan tu kan, so paling selamat ialah makan croissant cicah kopi.  Saya turun sorang je sebab budak-budak mana hingin diaorg makan gini, harus la nak sarapan melayu je

Gebu kan croissant tu 

Cek out Toyoko Inn sebab untuk 2 malam berikutnya kami akan stay di Hotel Lumiere Kasai, dekat sikit dengan Disneyland Tokyo. Tujuan cari hotel yang dekat sebab kami nak stay kat Disneyland sampai penutup ada bunga api bagai tu, so hotel yang berdekatan adalah wajib untuk senang nak balik.

Pukul 10am sharp kami cek out, takot nak lambat-lambat buatnya diaorg charge ikut per minit kang haru.  Keluar dari hotel cari Ottori station. Ohh rupanya sebelah hotel je station tu, punya la bagus. Jalan kaki tak sampai 10 tapak dah jumpa mesin untuk beli tiket. Hebat bukan? So journey hari ni ialah Ottori - Shinagawa Station - Edogawa Higashi kasai, naik Tozai line tak ingat tambang dia berapa.  Hari ni first day kami belajar baca map dan juga route train Jepun.  At first tengok map train dia, mak ai! Berselirat dengan macam2 color ada.  Memang mula2 pening sikit nak hadam, tapi lepas kita dah hafal bandar2 penting macam Shinjuku, Tokyo, Shibuya semua tu, kita dah rasa ok sikit. Trust me korang akan cepat faham kalau teliti betul2.  

Ottori station

Pening tak? Nak tak nak kene baca jugak



Ni kat Shin-Nihombashi tengah beratur tunggu train sampai. Kelibat bag hijau masih ada lagi sebelum menjadi arwah.

Dari Ottori naik JR line sampai Shin-Nihombashi, lepas tu naik Tozai line sampai ke Kasai.  Memang ada sesat sikit salah turun station, kene top up tambang yang tak cukup. Kompiden je kau eh bayar murah tapi turun jauh haha.  Nasib baik tak kene marah orang kaunter tiket.  Tapi normal la tu takkan sekali naik terus pandai.  Bag hijau yang jahanam semalam tu hari ni makin parah sebab dipaksa lasak ke sana sini. Hasilnya 2 lagi roda patah. Memang cokia betul la bag ni, nyesal aku beli. Ni kes terpedaya dengan salesman yang jual buat demo siap baling hentak bagai tapi tetap elok. Huh mak tertipu!




Dah sampai stesen Kasai.  Sekarang misi mencari hotel Lumiere pulak.  Mengikut dari google maps, dari stesen ni ke hotel dekat je tak sampai 10min jalan. Sorang kene berkorban dulu jalan pakai google, dah nampak hotel baru pusing balik ke stesen bawak anak2 itik ni ke jalan yang betul tanpa sesat.  Kan menjimatkan tenaga anak2 dan mak2 haha.  Sesat ialah perkara biasa untuk first timer, tapi kalau hari2 sesat tu dah melampau.  Nasib baik cuaca sejuk je tak terasa sangat jauh jalan dan cik keti pon tak peluh.  Sepanjang jalan ke hotel tu banyak kedai2 kecik jual jacket glove bagai, tapi tak singgah jalan je terus

Yeehaaa dah sampai

Gambo dulu kat luar hotel ambik feel orang kata

Separuh peserta je  masuk gambo

Perut ko ayish cover la sikit

Lumiere hotel ni paling best la sepanjang kami kat Jepun. Book thru agoda harga dalam RM350 macam tu.  Spacious room, ade 3 single bed memang cukup luas utk kami berempat beranak, korang nak main lompat dari katil ke katil pon boleh.  Ada jugak single stove boleh masak lauk yang ringkas, microwave, dan paling best ade washing machine siap dryer! fuhh lega boleh basuh baju2 yang kotor tiap hari. Jimat sikit tak payah beli baju baru.  Memang bawak baju tak banyak sangat kunun nak beli baju sini, dah kata pelancong kan harus la buat style pelancong haha

Lepas cek in masuk bilik setel, kita orang keluar balik nak  jalan-jalan sekitar sini tengok apa yang menarik dan cari kedai kebab.  Walaupon hotel ni ada dapor kecik manja2, tapi iols tidaklah rajin sangat sampai2 terus masak.  Pusing punya pusing ikut google maps, tetap dia hantar kedai yang sama iaitu restoran yang terang terang jual pork. Tak boleh pakai la google ni.  So kami decided, bapak2 je kene sacrifice lagi pergi cari, kitorang tunggu sambil lepak area sini je. Sebenarnya time ni tapak kaki aku memang dah lenguh plus melecet sikit sebab pakai kasut baru.  Feeling2 victoria kan padan la muka kau.  Nasib baik ada bawak kasut lain.

Tips: Jangan sesekali travel pakai kasut baru yang baru beli.  Seeloknya pakai sneakers or sport shoe yang memang dah kenal comolot dengan kaki korang.  Korang ingat diaorang kisah ke kasut ko yang vogue the vass tu, tapi akhirnya kaki sendiri yang sakit.

Fokus ikut google punya arahan


Evening walk pusing2 area hotel, cari convenient shop. Ok la banyak Lawson, 7e, Aeon dan few lagi kedai brand diaorg


Eh jumpa pasu bunga cantik pulak


Aeon pon banyak kat sini, kecik2 je

Mak minah baru balik pasar


Sambil boring menunggu, feeling2 che ta. Boleh tak?


Kasai ni best, pekan yang cozy je tak crowded macam bandar2 besar Tokyo.  Local die pon baik budi bahasa, pantang je tanya apa2 beriya diaorg explain even cakap ayam itik.  Tu memang respek.  Sambil menunggu bapak2 balik tadi, budak2 ni sempat makan unagi (nasi sushi yang dalam dia ada tuna).  Kat kedai2 macam 7E melambak jual unagi ni. Harga 300yen je

Tempat kami merempat makan unagi. Nasib baik takda orang bagi derma

Kami team mak mak and anak anak jumpa market yang besar sikit, Y's Mart nama dia. Sempat la beli salmon sikit, sotong sikit untuk goreng malam ni.  Setel shopping, jalan pusing belakang pulak sekali tu ehhhh kedai kebab. Laaa kat sini je ko rupanya, punya la payah cari dari tadi.  Ngam2 pulak team bapak yang mencari kedai tadi kat area sini jugak, ha bagus lah meh kita tapau je kebab sorang satu makan kat hotel.  

Sebelum makan sempat saya goreng sotong yang beli tadi, jadi lauk tambahan.  So lets eat!



Semua dah kepenatan, mandi makan lepas tu anak dara satu tu tetido padahal baru pukul 7 lebih tapi dah gelap macam pukul 9pm.  Tido je lah Acha, dari korang main melenting2 dalam bilik tu pening tengok.  Pukul 11 saya dengan Ayish belum tido lagi, try watsap my sis ooh belum tido jugak. Eh jom la merayau kedai Lawson depan tu je nak rasa jalan time jalanraya lengang.  One thing orang Jepun ni, walaupon jalanraya takda kereta tapi pejalan kaki tetap akan tunggu traffic light tu hijau baru la lintas.  Hmmm sangat tebal disiplin dalam diri.  Malaysia? semua guna the power of hand, tak kira hijau merah oren haha.

Tak beli apa2 kat Lawson, tak tahan sejuk sangat, orang local pon takda dah merayau malam-malam waktu sejuk ni .  Dah jom la balik ke bilik tido.


Sekian.  Kita bersambung di Day 3 ok




No comments:

Post a Comment