TUESDAY
Assalamualaikum....selamat datang ke blog syok sendiri saya, saje nak berkongsi info2 berguna kepada yang nak pergi travel tempat baru. Since ini adalah travelog yang pertama saya tulis, so kalau ada penulisan yang memboringkan korang, hadam je lah eh. Mohon saya tidak dikecam macam dato alif ekekkek
Sebelum kita decide nak travel ke mana2, mesti kita cari info dari travel blogger dulu kan? Dah kompom tempat tu best baru la kita pergi, gitu. Banyak sangat blog-blog dari blogger fofular yang saya study and baca sebab nak ambik feel dan imagine sesuatu negara tu best ke idok. Budget pon ambik kira jugak sebab diriku bukanlah sebertuah Marion Caunter. So entry pertama saya ialah Japannnnn. Walaupon aktiviti berjalan ni dah lame praktik tapi baru terpikir nak buat blog, mana la tau dah tua2 nanti dah alzheimer at least ada gak blog yang boleh baca balik every single detail masa travel kan kan
Trip ke Japan ni kitorang plan dekat setahun jugak la, at first banyak tempat2 lain yang kitorang consider jugak. Lepas tambah tolak bagai (sbb bwk anak2) so the winner goes to.....Japan! Kami pilih Japan sebab ada Disneyland iaitu tempat yang heaven utk anak2 , lepas tu ada Gotemba Premium Outlet (ni wajib utk mak2) dan juga banyak baca blog blog lain yang kata Japan ni sangat lah baik orang-orangnya so boleh la give it a try omputeh kata.
Masa kami pergi ni exchange rate 3.70 boleh tahan mahal tapi nak buat macam mana, redah je lah.
Beli tiket ANA (All Nippon Airline) masa sale dapat RM5000 lebih kurang untuk 4 beranak. Kenapa tak naik AirAsia? Sebab nak rasa experience naik ANA ni pulak, katanya best sangat walaupun dia dikalangan penerbangan budget. Beli online je, sama je macam airline lain. Flight kami pukul 2.15pm so kene ada kat KLIA 3 jam awal la better. Nak selamat sila gerak awal sebab buatnya on the way tu baru teringat ada barang wajib tetinggal, at least boleh F1 pecut balik sebab ada masa lagi kan. Kami drive sampai Putrajaya, park kat KLIA transit lepas tu terus naik train sampai airport.
Layan la dulu gambo2 yang tak berapa ada kene mengena ni ek
Dengan Abg Ayish. Ni masa dalam KLIA transit, muka excited nak meredah Jepun
Acha dan bapak dia
Bawak 2 luggage besar, satu backpack yang besar dan budak2 tu bawak bag kecik masing2 untuk isi barang sendiri
Bertenggek kat atas ni memang wajib. Kalau tak dapat memang boleh jadik gadoh la, dah nama pon budak
Sampai KLIA pukul 11am, timing yang agak ok2 la tak awal tak lewat sangat. Kakak saya dah sampai KLIA awal lagi, tak menyabor ler tu. Kalut-kalut ni hampir terlupa pulak kene collect pocket wifi untuk guna sepanjang kat Jepun nanti. Takda kalu mati keras la kau kat sana takda internet. Kedai tu namanya Samurai Wifi kat tingkat 3 share kedai dengan Hotlink. Saya sewa RM168 plus powerbank untuk 7hari. Kira ok la tu murah, cumanya dia pesan kurangkan tengok youtube sebab quota cepat habis. Ehh masa booked ko kata unlimited? Hmm nasib baik aku mood happy nak pergi jalan, malas nak spoil mood bertekak so ok kan je lah.
Kitorang mengeteh dulu kat KFC playground atas tu, then pukul 12 dah boleh cek in ke dalam.
No comments:
Post a Comment