KUL - HANEDA - TOKYO
Depart pukul 2.15 sharp (memang janji Jepun betul ni)
ANA ni memang best la, first masuk je terus stewardess diaorg yang comel2 cakap 'Konichiwa' manis je muka. Flight entertainment pon ok, mcm2 citer boleh tengok tapi banyaknya bahasa Jepun la. Movie english tak banyak sgt. Ah lantak la situ, bkn tengok sangat kang. Last last nanti tido jugak
Anak-anak ralit main game, bertukar2 game lepas satu satu, dah boring main game dia orang bukak citer kartun pulak tapi tetap bahasa jepun jugak. Paham2 sendiri je la nak. Memang orang jepun ni bagus sangat la preserve jatidiri dia. Aku? Rodek2 cari citer menarik alih2 terrrjumpa la few cite hindustan! wahh ini sudah bagus. So saya pilih cite Raees SRK sebab belum tengok lagi, time ni la waktu lapang selapangnya yang aku ada. Selalu kat rumah jangan harap la ada masa free macam ni huhu. 1 jam pertama berlalu, ehh boring plak citer ni walaupon superstar hero dia hmmmm dah tutup je lah. Crew diaorg tengah bersiap sedia nak agihkan makanan, nampak la ke-busy-an kat pantry
Gambo satu before boarding. Apa kena sepoek sangat muka ku?
Train transit dari terminal terus masuk kapal terbang
Sempat snap stewardess kawaii ni. Ni dia tengah dok mengira passenger semua cukup ke tak
Salmon salad & tuna spageti. Sedappp sgt
Potato and fish
Ni dessert Japanese cheesecake
Ni halal food yang kitorang dapat. Fyi, setiap muslim passenger ada tampal stiker MOML kat seat masing-masing. Masa book tiket tu kita pilih siap2 jenis food apa yang kita nak, western ke, vege ke, wine ke (contohhh), halal ke or whatever. Sticker tu menandakan kita muslim dan diaorg akan serve halal food je. Kalau diaorg tersalah bagi air pon harus aku minum je sebab dah set kat kepala hotak semua halal kan.
Habis makan main dishes, dia serve kopi la orange juice la macam biasa la kan. Hmm gemok la dok 7jam dalam tu. Ada jugak disediakan selimut dan bantal kecik, lupa nak ambik gambo. Korang imagine je lah sendiri. Lepas setel semua aktiviti makan2, glass window tu akan tinted sendiri tau, even kita tak tutup pon tingkap tu. Magic tak? hahah ye saya jakon. Dia suruh tido la tu maknanya. Amazingly, kami semua tak tido sampai la 7jam tu! haha tak tau la sebab apa, mungkin ralit layan movie agaknya.
Dalam pukul 9pm waktu Jepun, captain dah announce yang kita akan landing di Haneda. Yeyyy dah sampai Jepun! Time ni semua passenger yang tido mcm parok je tadi dah bangun siap2 betulkan kerusi jaket bagai. Anak2 saya dah siapkan pakai jaket sebab dah nak winter harus la sejuk gile kat luar tu kang. Bun yang tak abis tadi saya tapau, mungkin berguna time kebulor cari makanan nanti. Sebab dah selalu kene macam tu, dah boleh beringat.
No comments:
Post a Comment