SATURDAY
Kembali kita menyambung cerita yang masih di Kawaguchiko, hari kedua kami kat sini.
Pukul 5am dah tersedar, tak boleh nak tido lagi dah. Disebabkan bilik ada heater so tak terasa la sejuk sangat. Tapi malam tadi sebelum tido memang heater bilik kitorang rosak, bau gasolin je tapi tak panas pon. Panggil owner kat bawah terus je diaorg fix, sangat pantas. Bangun tido mesti kene pergi toilet dulu kan, bukak je pintu bilik fuhhhh rasa macam ko bukak freezer lepas tu tadah muka haha. Tapi tepaksa la pergi jugak. Settled solat semua, try bukak sikit je tingkap nak tengok suasana awal pagi kat sini, skali tu taraaaaaaa! Gunung Fuji depan mata weh! Memang clear gila, rasa nak jerit suka tapi budak2 tido lagi ehhhh agak2 sikit perangai tu eh
Ni dari bawah bilik, kene keluar sikit utk dapat gambar yang full. Yang hijau tu jam dan suhu semasa.
Apa apa hal sebelum Fujisan hilang kene tutup awan, baik ku turun dulu ambik gambar banyak2. Buat keje senyap2 je ni sorang. Pakai jaket, boot bagai dengan handphone turun bawah jalan dalam 30 tapak menghala ke station bus depan tu.
Hasil setting timer sendiri, huh tak clear langsung
Beku jari nak memicit camera tu, tapi rugi kalau tak buat
Nyaman je scenery ni kan
Ada la setengah jam ku macam orang jakon ambik gambo sorang2 kat stesen tu. Dah puas selfie dengan Fujisan baru balik semula ke bilik kejutkan budak-budak bagitau diaorg ade snow. Laju je diaorg bangun, selalu kejut pergi sekolah bukan main liat cissss
Ni budak excited lebih, bangun terus cergas tunjuk ke gunung. View dari tingkap bilik
So semua dah bangun sekali lagi saya dan diaorg semua turun bawah utk meraikan cik Fuji haha poyo. Jalan jauh sikit masuk ke station sebab nak view yang paling cun. Sejuk tu tolak ke tepi dulu, nanti baru pikir. Kami beruntung hari ni sebab Fujisan menampakkan diri, ramai je yang sampai sini tapi langsung tak nampak sebab kabus dan awan tebal. Alhamdulillah....
Eh tak ready lagi
Acha dengan Ayong
Ni kalau tuan dia nampak harus kene kejar penyapu
Wanna have some coffee with me?
Kereta yang berais. Bukti waktu ni memang betul2 sejuk. Agak jakon sekejap sebenarnya haha
Plan hari ni patutnya nak main snow kat Fujiten Park, tapi malangnya belum open lagi sebab mungkin tak cukup ketebalan snow tu. Mintak tolong budak front desk tolong cekkan sebab lagi senang dia nak communicate dengan orang park tu. Ada banyak aktiviti boleh buat kat sini, contoh naik bus Omnibus pusing2 keliling tasik. Mcm hop on hop off tu la boleh berenti kat mana2 suka, tapi kitorang decided pergi ke Fuji 5th Station, sebab frontdesk tu cakap mungkin ada salji kat atas tu. So beli tiket bus harga utk 4 orang tak sampai 1000yen, kira murah la tu. Bus tak berapa penuh sebab mungkin pagi lagi kot
Tempat q beli tiket. Ada concierge yang boleh cakap english, so takda masalah
Dlm bus tengah mendaki. Tepi2 jalan dah start ade snow sikit2. Best ok!
Membayangkan kalau naik bas balik Johor tepi2 jalan macam ni
Eh segar sentiasa budak ni, tadi ngantok sangat
Dalam 45 minit jugak naik bus, sampai lah kami di Fuji 5th Station. Yeyyy mari kita main baling2 salji sampai muntah. Actually snow kat sini tak la fully covered, mungkin hujung December nanti baru putih semua kot. Dan kat sini takde ski, sledding bagai tu. Just untuk lepak2 sambil pegang salji tu je huhu
Ko ingat ko lawa sangat?
Buruh kanak-kanak pecahkan ais. Permainan yang paling diaorg suka
Look out point, masukkan 100yen
Kunun macam snow falling dari atas, hakikatnya tepi2 tu buruh kanak2 tukang balingkan haha
Tau tak kitorang tengah buat pemujaan apa ni? haaa ni menumpang heater dalam kedai, kalau rasa2 tangan dah kebas je sila ke sini dalam 5 minit ok dah
Dah puas main sampai ke petang, time untuk pulang ke pangkal jalan. Sementara tunggu bus sampai, masuk kedai beli coklat sebab nak ringankan syiling. Tokeh dia baik, bagi free loceng kecik 3 biji. Dia kata ala2 lucky charm la gitu, ok kan je dan cakap terima kasih.
Ada budak sedih nak tinggalkan snow...takpe nanti ade rezeki kita datang lagi
Habis lah aktiviti kami untuk hari ini. Sampai ke stesen Kawaguchi kami jalan kaki sampai ke lake, cari kedai nasi beriani yang diaorg tapau malam tadi, dan juga pusing2 tengok keindahan Lake Kawaguchiko ni. Ada nampak orang hiking naik bukit, aje gile lah diaorg ni kulit apa agaknya spesis beruang kutub kot. Malangnya sampai kedai tu, pekerja dia kata kedai tutup, malam nanti baru bukak balik. Ehh takkan la nak jalan kaki lagi malam ni memang tak la, so kita paksa jugak dia bagi untuk take away. Dengan muka tak restu bhai tu kata ok boleh bungkus haha padan muka kau
Kedai beriani tu betul2 depan ni
Daun daun tinggalan autumn. Merasa la jugak dapat posing
Balik menapak sempat lagi budak bujang ni beli latte kat 7E. Kat Malaysia taknak la pulak dia minum
OK bersambung lagi esok
No comments:
Post a Comment