Tuesday, 19 December 2017

Japan Trip Day 6 - Gotemba Premium Outlet

3rd December 2017

SUNDAY


Hello uols..berjumpa kembali

Hari ni kami cek out Koe House, angkut bag terus bawak naik bus. Aktiviti hari ni ialah shopping! Sounds good kan utk perempuan2 sekalian? haha. Naik direct bus dari Kawaguchiko station ke Gotemba, tambang tak ingat berapa tapi ratus2 je

Dalam 45mins journey sampai lah kat Gotemba Premium Shopping Outlet.  Gotemba ni still dalam area kaki gunung Fuji jugak

Boleh check out link ni;

http://www.premiumoutlets.co.jp/en/gotemba

Snap dari dlm bus on the way ke Gotemba. Gudbai Fujisan....sedih ke tak sedih

Parking dulu sebab nak cari locker simpan luggage yg besor2 ni

Besar jugak Gotemba ni, kunun dulu nak cek in hotel nearby so boleh jalan kaki je kalau nak shopping. Ternyata area ni mmg takde hotel, paling dekat distance dlm 5km.  Turun bus betul-betul depan outlet Prada...hmmm macam memanggil2 je ni huhuhu



Ni site map dia.  Besar jugak kalau nak pusing semua kedai, tak cukup 2 or 3 jam


Disebabkan program hari ni khas untuk mengenang jasa mak2 je, so bapak2 ditugaskan untuk jaga budak ok.  Satu group bapak berkampung kat foodcourt, satu group lagi kat playground.  Pandai2 korang la layan budak2 eh muahahhaha.  Hari ni birthday my sis so dia nak belanja diri sendiri handbag satu, aku belanja opinion je ok.  Kitorang mulakan pengembaraan shopping masuk dari satu kedai ke satu kedai, last2 kami pilih untuk stuck di Kate Spade sebab ada sale kaw2 punya.  Kami beli ke tak? hehe itu rahsia

Aku tengok ni ko ambik ni...org gila tengah tak tau nak pilih mana. 2 jam tak siap2 lagi grrrrrr


Terlajak membazir dah


Eh tau lak buat muka time aku nk pilih bag

Antara bag yang ada sale


Letih weh 2jam sukan shopping tak duduk langsung. Anyway, Fuji still nampak clear dari Gotemba ni 

Muka cikgu taska dan anak murid yang dah lapo

Dalam tempat ni ade few restaurant jugak la, ada nampak pizza , cafe minum2 kopi dengan bread bagai segala.  Tapi budak2 dah lapar sebab dua jam main kat playground, harus la nak makan yang berat contoh paling tepat ialah nasik.  Masuk foodcourt dok telek satu2 menu yang rasa2 selamat untuk dimakan, jumpa kedai nasi ayam singapore. Tapi tak order la menu ayam, ganti nasi dengan lauk udang.  Ok la sedap jugak boleh diterima tekak. Gambar bawah ni tempura, sedap! tapi harga boleh tahan jadinya beli beberapa ketul lah saja sebagai lawan ngopi keh keh





End of day 6.  Moh la kita balik ke Tokyo semula sebab esok last day utk jalan2 beli survenir bagai

Gotemba Outlet - Gotemba Station - Highway bus to Shinjuku

Balik ke Tokyo highway jem baikkk punya, tak expect pon Jepun traffic dia mcm KL.  Rupanya hari ahad diaorg kata perkara biasa jem tu sebab hari cuti.  Naik bus pukul 6pm macam tu sampai ke Shinjuku pukul 10pm. Hambik kau! So pengajarannya, kalau hari Ahad maka nak balik ke Tokyo naiklah train ok, kalau weekdays ok boleh ambik bus.  Dari Shinjuku station kami naik train ke Shin Okubo, satu stesen je.  Nasib baik hotel dekat je dgn train station. 

Kami stay kat Hotel Empire Shinjuku, dari turun train tadi jalan menuju ke lorong belakang.  Sini diaorg gelar Korean Town, mesti sebab ramai Korean kot.  Harga tak sampai RM300 tapi ok hotel nya, ade 3 single bed, ada computer tapi dekat ground floor, air panas pon kat situ.  Dalam bilik takda sediakan kettle tau.

Dah letak bag, kitorang keluar balik jalan2 cari makanan.  Depan hotel tu je ada kedai arab jual kebab, beriani dan segala menu arab.  Dah boring makan kebab sebenarnya ni, tapi dah tu je yang halal.  Kitorang tapau beriani je makan kat bilik, eh mamat kedai arab tu boleh cakap melayu haha jakon sekejap.  Mungkin pernah keje kat Malaysia agaknya la




No comments:

Post a Comment