MONDAY
Hello utk kesekian kalinya.....susah betul nak habiskan citer trip ni. Sebelum ingatan kene alzheimer baik la tulis habiskan.
Hari ni hari last kami di Tokyo, Japan. Ada rasa sedih sikit2 la nak balik malam ni, tak tau kenape sedih sob..sob...
Cek out hotel Empire Shinjuku. Naik train dari Shin Okubo ke Asakusa, tempat yang famous utk pelancong perabiskan duit beli survenir. Kalau ade syiling banyak lagi dalam bag tu sila la habiskan kat sini sebab kalau dah balik Malaysia nak tukar kat money changer memang diaorg tak terima syiling. Sampai kat Asakusa station, boleh tahan happening gak dalam tu. Macam-macam kedai ada. Alih2 nampak kedai Hard Rock, wahh best gak ni tengok2 tshirt dia. Tapi i tak beli sbb choices tak berapa menepati
Cuci mata je ok
Ni florist depan Hard Rock tu. Sebab ko cantik sgt so aku ambik la gambo
Bakery ni pon area Hard Rock tu jugak. Eh yg bkn2 rupa tu iols tak beli, lakonan je ni
Keluar dari station Asakusa agak melilau jugak cari tempat shopping tu. Jauh sesat sampai hujung jalan, rupanya lintas depan je dari pintu utama keluar tu. Bag-bag semua kitorang simpan kat locker, harga berbeza ikut tahap kebesaran bag, ratus-ratus yen je tak mahal pon
Eh makcik bawang sangat mulut tu
Tak dapat pakai, dapat gambar jadik lah
Asakusa Nakamise Shopping Street nama tempat ni. Sepanjang jalan tu mcm2 boleh beli untuk survenir contoh; fridge magnet, kipas kecik jepun, shopping bag, pen, keychain, tshirt mcm2 lagi lah. Harga pon tak berapa nak murah, mcm fridge magnet tu satu dalam 400yen (RM16 rate semasa). Jawabnya beli 2,3 tampal kat fridge sendiri haha.
Ultraman kecik je dah 2 ribu. Tapi quality dia bagus la
Tengah ralit berwindow shopping, kami terserempak dengan group macam nyanyi lagu negaraku, diaorg singgah dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Tak tau lagu apa yang diaorg nyanyi ni siap ade iringan alat muzik mcm angklung. Ala ala pokcik merhaban masuk setiap rumah orang time raya. Intai gak kot2 artis jepun ke, ohh bukan. Muka dia ni sangat familiar kat tv jepun sebab semua channel mesti ada muka bro ni. Iols rasa dia ni mungkin politician kot tengah berkempen (kalau salah harap maaf). Meh kita menyibuk selit belakang dia, ada harapan muka kita masuk dalam tv jepun kan
Jumpa kedai kebab, makan la dulu lepas ni sambung balik jalan
Sempat menapak semata2 nak bergambar dengan Tokyo Skytree. Dekat je dlm 5minit jalan dari station Asakusa
Ngam2 time dia posing lampu dah gelap hahah nasib lah
Last gambo kat Asakusa before naik train ke airport. Taken by my bro in law, dia la yg rajin mentelaah map train hari2
Kitorang dok berlegar2 kat Asakusa tu sampai pukul 6pm, hari pon dah gelap. Masing2 punya penat toksah nak kata, nasib baik takda baby kalau tak memang melalak je la sebab penat sangat haha. Budak2 ni senang je umpan ice cream dengan mainan, kompom tak buat perangai. Beli tiket train direct terus ke Haneda Airport. Actually dalam map JR and subway semua tu takde route yang terus ke airport, tapi actually ada. Mungkin new route kot. And coach dia pon bukan semua direct ke airport, kene baca betul2 dia ada tulis kat coach tu. Kalau salah naik terus la pergi ke Nishi Magome bagai tu. Alhamdulillah berkat membaca dan bertanya kat orang local maka selamat lah kami sampai di Haneda airport. Hebat bukan? hhhaha
Dalam Haneda airport
Kampung betul perangai kot ye pon dah lempoh
Awek stewardess ANA yg cun, sengaja snap sbb muka dia outstanding sikit compared to others (tapi dlm gambar nmpk biasa je)
Ni hasil dari naik sampai la landing kat KL. Langsung tak bangun
Ok gudbai Japan, you'll be remembered as amongs the best countries I've visited. The very kind-hearted locals, the foods, the 1001 train lines and colors, the language, I'll missed the word 'Konichiwa and Arigato Gozaimastak' after this.
Sayonara!