Tuesday, 26 May 2015

Gold Coast - Australia

Day 1

May 25, 2015

KUL - GOLD COAST- CURRUMBIN WILDLIFE

Gold Coast...hmmmm
Agak lama dah holiday ni, tapi rasanya masih boleh ingat lagi setiap detail ke'best'an kat sana.  Memang sejak ada anak2 ni kene cari tempat yang ada theme park je baru diaorg tak boring. Kalau untuk mak senang je, campak kat tempat shopping pagi petang kang baru ambik haha.  Peserta kali ni ialah; kami satu family, Ucu Pain & Idah (diaorg ni adik2 saya)

Tiket kami jam 10pm naik AirAsia sebab tengah sale murah sorang dlm RM800 return. Harus la ape2 hal beli tiket dulu, yg lain2 kemudian pikir. Gerak dari rumah pukul 6pm paling lambat, ambik anak dulu dekat sekolah pukul 4pm, mintak kebenaran cikgu (sukati ko je kan) hihi.  Kami park kereta kat KLIA transit Putrajaya, lepas tu naik train direct sampai la ke KLIA2.  Senang sangat.



Ni first time pergi KLIA2, dulu-dulu kat LCCT je kan.  Rupanya jauh gila kene jalan kaki nak ke boarding hall tu, hampir-hampir la kami tertinggal jalan lenggang lenggok punya pasal.  Apa lagi lari pecut la semua orang, ha mencungap semua!  Gitu gini selamat la jugak kami melepasi imigresen fuhh nasib baik hihi.  Dengan ini terbanglah kami ke bumi kangaroo


Sayap ni mmg gambo wajib kan kalau dpt seat kat tengah?


Ni kete mustang kan? Dibuat display dlm airport. Hujung2 bln may ni agak sejuk gak la cuaca sbb dah nak masuk winter kan. 

Landing kat Coolangata airport dalam pukul 6am kalau tak silap.  Sejuk seh! Gambo arrival kat airport takde sebab kastam diaorg muka garang2 mak ai, takot nak pegang hp lebih2.  Kitorang terus cari kiosk utk beli Go Card (ala2 touch n go) utk senang naik turun bus and train, dan juga murah sikit kalau nak compare bayar tambang masa naik bus. Nak sewa kereta boleh jugak, banyak je rental company tepi2 tu, tapi mahal sikit kot. Kami pilih utk naik bus and train sbb lagi adventure and rasa mcm tourist gitu! Nak tau harga kad tu boleh click link bawah ni ok

https://translink.com.au/tickets-and-fares/go-card

Kitorang mmg plan taknak membuang masa seharian ni, memandangkan sampai awal pagi takkan nak cek in hotel terus tido kan. isk isk membazir tu namanye.  So kitorang pergi destinasi pertama iaitu Currumbin Wildlife, zoo yg fofular kat Gold Coast ni. Naik bus direct dari airport. Walau agak penat sikit tapi gagahkan jugak, budak2 jumpa playground terus segar la. Bagus.



Lepas turun bus ada kene jalan kaki sikit dalam 10 minit, baru la jumpa Currumbin.  Beli tiket offer masa kat KL lagi thru groupon australia (rajin2 subscribe kalau nak dapat murah) AUD20 je, dari harga asal AUD39 camtu


Taraaa dah sampai. Bag2 besor bagak semua tu tinggal kat store diaorg ade sediakan. Baru la senang nak jalan2 kan


Australia - kangaroo - kangaroo - australia....hmmmm



Antara takot dan agak busuk hahhaha

Best jugak tempat ni, ada animal show bagai tapi kene alert time and venue kat mana. Sebab die besar jugak mmg penat jalan. Ada sediakan tram pusing satu zoo, ni mmg budak2 suka taknak turun.  Dalam zoo ni ade tempat makan yg simple2 je mcm burger, chips, ice cream. Kitorang makan chips je utk alas perut. Sampai petang jugak la lepak sini dalam kul 3pm camtu, moh ler blk ke hotel dah lenguh gile kaki.  Apartment sewa kat center of Surfers Paradise nama die Islander Resort (tapi now 2017 tengah buat refurbishment so tutup). Best gile apartment ni ambik yg 1 bedroom, ade kitchen besar, bilik air besar, single bed ngan sofabed depan tv dining hall, dengan satu dining table kecik je. Ok la tu selesa sangat dah.

Ada gambo ni je, tak teringat nak snap segala sudut.

OK kita sambung di hari ke2 ek....








No comments:

Post a Comment