Thursday, 28 May 2015

Gold Coast Day 3 - Sea World

Thursday 28 May 2015


Hari ke3 dah...cepatnya masa berlalu tak rasa pon.  Hari ni kitorang nak explore ke SeaWorld pulak, tetap menarik dan banyak show yang melibatkan natang laut.  Tiket SeaWorld ni termasuk sekali dengan Movie World semalam (AUD69 cover 4 parks) untung kan? kalau beli asing2 memang jadik mahal la, dah ramai satu kapal lagi la tak jimat.  Naik bus yang sama dari Vibe Hotel, bus no 702 terus ke pintu masuk SeaWorld


Macam ni rupa pass tu kalau beli dari groupon gold coast


Sampai suda


Kita yang dah ada pass tak payah beratur beli tiket lagi, tunjuk je kaunter print out yang kite bawak tu. Setel.  Naik cable car dari tempat masuk tu sampai ke dalam yang banyak attraction dan rides.  Nak jalan kaki boleh tapi budak2 kecik kang cepat penat sebab agak jauh.

Gambo pakcik google




Ada banyak rides kat sini, yang manja2 ada yang extreme pon ada (ingatkan penuh dengan show singa laut je ek).  So nak tunjuk macho punye pasal, aku terrrnaik 2,3 adik beradik roller coaster seperti;

Storm Coaster.  Mendahului kedudukan paling bangang teratas grrrrrr


Jet Rescue.  Pon dalam kategori laju bangang sampai susah nak ambik oxygen

Ni last sekali, sejenis ride yang water splash.  Cukup la sekali je naik

Tu contoh2 rides yang tipah tertipu tahap kelajuan dia, tobat dah.  Unless ada orang nak bagi duit 5ribu ke boleh consider hahaha. Budak2 punya attraction pon banyak, yang membuatkan diaorg taknak balik lah pokoknye.  Tepek gambo je eh


Castaway bay. Main tembak2 orang dalam kapal dengan orang atas darat. Tembak je la walau tak kenal, sebab diaorg sangat sporting takda marah2 or lempar selipor

Ayish seminit sebelum jatuh sbb lari laju2




Ni sea lion show memang best. Pandai sangat dia berlakon

Overall tempat ni ok la untuk budak2 bersuka ria.  Tak banyak sangat ambik gambar sbb nak menikmati je tanpa menghadap handphone haha poyo tak



Wednesday, 27 May 2015

Gold Coast - Day 2

Day 2

27/05/2015

WARNER BROS MOVIE WORLD

Hari kedua di Gold Coast.  Sebelum mulakan cerita nak cakap Happy Birthday kepada kami berdua (saya dan Acha) hihi hari ni harijadi kami ok.  Jangan jeles sebab date kami memang sama, bukan operate tau yang boleh set date tu.  Malam tadi dah siap-siap beli cake kat Woolworth, sebab bus balik tu memang berhenti kat situ.  Budak sorang ni memang tengah gila Frozen, nasib baik murah je AUD20 lawa pulak tu, tapi dalam dia keras bedengkang.



Budak sepet bersama cake yang dia banggakan sangat tu

OK mari sambung cerita.  Hari ni kita menghabiskan satu hari di Warner Bros Movie World, yang popular sangat kat Gold Coast ni.  Tiket dah termasuk pakej sekali AUD79 seorang (Movie World, SeaWorld,Wet & Wild).  Murah kan? syaratnya kene sentiasa alert kalau groupon aussie buat offer ni cepat-cepat grab tau

Ucu and Idah and kids tunggu bus

Nak ke Movie World dari hotel kami, kene jalan kaki dalam 10minit menuju ke Vibe Hotel.  Dekat je boleh nampak dari jauh sebab bangunan Vibe tu hijau sehijaunya.  Bus stop betul betul tepi hotel tu, tak silap bus no 702 ada tulis ke Movie World.  Bayar just touch pakai kad GoCard yang kita dah beli semalam kat airport tu. Touch masa naik dan jangan lupa touch jugak masa turun, kalau tak nanti drebar dia cakap kuat kuat suruh touch, satu bus dengor malu kang haha. Kejap je dalam setengah jam dah sampai.  Wet&Wild kat sebelah ni je, tapi kami tak pergi memandangkan malas pikir baju basah nanti leceh.

Siapa la cameraman ni tak ingat dah



Gambo google

Gambo google


Masuk pintu utama akan nampak dulu ride hijau ni, nama dia Green Lantern Coaster, kalau rasa keberanian tahap dewa jemput lah naik hahha.  Tapi masa kami datang tu dia tutup sementara ade kerja maintenance apa tah.  Lepas tu sebelah dia ada Superman Escape, tu pon sejenis roller coaster yang membunuh diri jugak.  Saya nak naik tapi Ayish taknak sebab takot so duduk bawah je la teman dia (fuhhh ada alasan).  Bapak diaorg dengan Ucu je yang naik



Masuk dalam sikit, akan jumpa ride Scooby Doo ni.  Pon Ayish taknak naik, dia memang pengecut mende2 macam ni.  Diaorg semua naik termasuk Acha.  So saya sekali lagi lepak bawah je tunggu sampai diaorg siap.  Nampak dari bawah macam ringan2 je ride ni, lepas turun tu diaorg cerita fuhhh dahsyat rupanya haha nasib korang la.  Cuma kesian la kat Acha, kalau tau memang tak bagi dia naik. 


Budak paling pengecut ni

Gambo je la banyak nak killing time









Park ni boleh tahan besar, segala sudut ada macam-macam watak dalam movie.  Ni yang mana sempat kitorang tangkap je nak bergambar je sebab ramai sangat yang queue tunggu turn.

Batman belakang stage pon ku tangkap

Kami beli chips je lepas budak-budak dah penat main harus la lapo kan.  AUD6 je satu tray, berbaloi jugak sebab chips die gemok-gemok haha. Ada ice cream Ben & Jerry jugak, marilah kita try

Belgian Dark Choc macam yang Preity Zinta mengidam tu citer salam namaste



Oh Mr Whatever, may u rest in peace





 Kepak yang baru dibeli saja bagi diaorg excited lebih



Petang tu sebelum penutup macam biasa ada parade show, semua watak-watak kartun berarak lalu sambil buat aksi masing-masing.  Catwoman ni paling saya suka sebab body cun gila ok, tapi diri jauh2 sikit sebab dia bawak rotan panjang silap kene kang berbirat muka.  

Ni Flinstone kot ek?





Mari beramai2 sebelum balik. Cameraman terlambat nak masuk



Ok mari balik hari dah semakin petang dan sejuk.  Naik bus yang sama no 702 sampai la dia stop kat Vibe Hotel baru turun ye, jangan bantai tido lak sampai afrika nanti.

Tapau kebab dulu untuk budak2 alas perut, sampai bilik kami perempuan2 masak nasi dan lauk2 simple.  Setel.



Tuesday, 26 May 2015

Gold Coast - Australia

Day 1

May 25, 2015

KUL - GOLD COAST- CURRUMBIN WILDLIFE

Gold Coast...hmmmm
Agak lama dah holiday ni, tapi rasanya masih boleh ingat lagi setiap detail ke'best'an kat sana.  Memang sejak ada anak2 ni kene cari tempat yang ada theme park je baru diaorg tak boring. Kalau untuk mak senang je, campak kat tempat shopping pagi petang kang baru ambik haha.  Peserta kali ni ialah; kami satu family, Ucu Pain & Idah (diaorg ni adik2 saya)

Tiket kami jam 10pm naik AirAsia sebab tengah sale murah sorang dlm RM800 return. Harus la ape2 hal beli tiket dulu, yg lain2 kemudian pikir. Gerak dari rumah pukul 6pm paling lambat, ambik anak dulu dekat sekolah pukul 4pm, mintak kebenaran cikgu (sukati ko je kan) hihi.  Kami park kereta kat KLIA transit Putrajaya, lepas tu naik train direct sampai la ke KLIA2.  Senang sangat.



Ni first time pergi KLIA2, dulu-dulu kat LCCT je kan.  Rupanya jauh gila kene jalan kaki nak ke boarding hall tu, hampir-hampir la kami tertinggal jalan lenggang lenggok punya pasal.  Apa lagi lari pecut la semua orang, ha mencungap semua!  Gitu gini selamat la jugak kami melepasi imigresen fuhh nasib baik hihi.  Dengan ini terbanglah kami ke bumi kangaroo


Sayap ni mmg gambo wajib kan kalau dpt seat kat tengah?


Ni kete mustang kan? Dibuat display dlm airport. Hujung2 bln may ni agak sejuk gak la cuaca sbb dah nak masuk winter kan. 

Landing kat Coolangata airport dalam pukul 6am kalau tak silap.  Sejuk seh! Gambo arrival kat airport takde sebab kastam diaorg muka garang2 mak ai, takot nak pegang hp lebih2.  Kitorang terus cari kiosk utk beli Go Card (ala2 touch n go) utk senang naik turun bus and train, dan juga murah sikit kalau nak compare bayar tambang masa naik bus. Nak sewa kereta boleh jugak, banyak je rental company tepi2 tu, tapi mahal sikit kot. Kami pilih utk naik bus and train sbb lagi adventure and rasa mcm tourist gitu! Nak tau harga kad tu boleh click link bawah ni ok

https://translink.com.au/tickets-and-fares/go-card

Kitorang mmg plan taknak membuang masa seharian ni, memandangkan sampai awal pagi takkan nak cek in hotel terus tido kan. isk isk membazir tu namanye.  So kitorang pergi destinasi pertama iaitu Currumbin Wildlife, zoo yg fofular kat Gold Coast ni. Naik bus direct dari airport. Walau agak penat sikit tapi gagahkan jugak, budak2 jumpa playground terus segar la. Bagus.



Lepas turun bus ada kene jalan kaki sikit dalam 10 minit, baru la jumpa Currumbin.  Beli tiket offer masa kat KL lagi thru groupon australia (rajin2 subscribe kalau nak dapat murah) AUD20 je, dari harga asal AUD39 camtu


Taraaa dah sampai. Bag2 besor bagak semua tu tinggal kat store diaorg ade sediakan. Baru la senang nak jalan2 kan


Australia - kangaroo - kangaroo - australia....hmmmm



Antara takot dan agak busuk hahhaha

Best jugak tempat ni, ada animal show bagai tapi kene alert time and venue kat mana. Sebab die besar jugak mmg penat jalan. Ada sediakan tram pusing satu zoo, ni mmg budak2 suka taknak turun.  Dalam zoo ni ade tempat makan yg simple2 je mcm burger, chips, ice cream. Kitorang makan chips je utk alas perut. Sampai petang jugak la lepak sini dalam kul 3pm camtu, moh ler blk ke hotel dah lenguh gile kaki.  Apartment sewa kat center of Surfers Paradise nama die Islander Resort (tapi now 2017 tengah buat refurbishment so tutup). Best gile apartment ni ambik yg 1 bedroom, ade kitchen besar, bilik air besar, single bed ngan sofabed depan tv dining hall, dengan satu dining table kecik je. Ok la tu selesa sangat dah.

Ada gambo ni je, tak teringat nak snap segala sudut.

OK kita sambung di hari ke2 ek....